Nak Tak Nak !!!

Dari Biasa, Untuk Jadi Luarbiasa

Blog

Catatan Peribadi Untuk Tatapan Semua

view:  full / summary

Exam weehh....

Posted on June 20, 2010 at 8:20 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Dah lama tak menjenguk ke sini...besa la, janji nak update, tak buat jugak...susahnya nak menepati janji dengan diri sendiri.


Apapun, ambil kesempatan rehat-rehat di rumah kakak di Puchong ni, dalam perjalanan nak ke Bangi. Menduduki PTK. Kerja ngan gomen yob, ginila...


Pagu esok kena sambung perjalanan ke Bangi pulak. Nak check-in awal,boleh buat persediaan dan persiapan untuk hadapi PTK. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kali ni. Amiinn...


Badan pun masih penat lagi. 10-16 Jun baru ni bermusafir ke Kuching bersama ngan keluarga. Kali ni bertambah menarik dengan kehadiran Amjad. Tahun lepas dia ada pergi jugak, tapi dalam perut Ummi la. 3 bulan agaknya masa tu. Kali ni dah besar dah, banyak kelaku.


Balik dari Kuching, sibuk ngan paper exam akhir semester 1/2010.


Semalam pulak, dari pagi sampai petang bermukhayyam dengan pelatih di Pantai Bungai, Bekenu. Ombak kali ni boleh tahan besar jugak. Sakit badan. Rasa macam putus urat-urat. Tapi itulah progran tradisi untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan menamatkan latihan di IKBN ni... Mudah-mudahan mereka tidak akan melupakan apa yang telah diberikan semasa menuntut di sini. Samada ilmu kemahiran ataupun agama.


Ok lah, nak rehat dulu. Nak sembang-sembang ngan kakak jap. Bertanya khabar.



Abu Ajwad

Puchong

Tulis...Tulis...Tulis

Posted on May 25, 2010 at 6:30 AM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Lama sungguh tak mai sini...dulu janji nak update masa di Kuching pun terbuat. Rupanya kursus yang sungguh mencabar minda. Lepas tu, program CITRA ibadah pulak. Sekarang ni, program pun dah abis untuk semester ni. Semester depan pulak baru start untuk habiskan saki baki program yang masih ada. Tak banyak lagi, ada la lebih kurang 8 lagi je....huhuhu...


Anyway, itulah kerja yang diamanahkan setakat ni.


Mudah-mudahan Allah bagi kekuatan untuk aku teruskan lagi usaha ini. Amein...



Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Kerja oh Kerja...

Posted on April 9, 2010 at 4:49 AM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Nak update blog, tapi kerja pula datang mencurah-curah... Program CITRA Ibadah pun dah bermula. Pastu kursus pun ada juga... Suasana yang agak mencabar diri dan minda.


Nantilah, masa saya kursus di Kuching nanti, saya cuba curi-curi masa untuk update...



Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Update oh Update !!!

Posted on April 5, 2010 at 12:17 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Lamanya tak bersua muka di laman ni...nak kata sibuk, rasanya yg lebih tepat, buat-buat sibuk. Anyway, inilah kesan malas dan suka bertangguh.


Banyak benda dan cerita yang saya nak kongsi dengan semua. Tapi, bukan sekarang la..


Kira syukur juga boleh taip ni, sebab dah ada komputer pejabat atas nama saya dan sambungan internet. Baru je dapat full pakej ni. Selama ni hanya menggunakan laptop peribadi dan celcom broadband saya je...ish...ish...kesian saya...tapi kira OK la, daripada tak ada langsung.


Sebelum ni nak update jugak, tapi liputan broadband yang teramat slow tahap gaban menghalang kije-kije update tu... (alasan je tue...)


Insya Allah, nanti kita jumpa lagi naaa. Nak gi solat zohor dulu. nak pastikan student yang saya suruh jadi imam tu bertugas. Time ni la kena guna kuasa untuk lazimkan student dengan agama.


OK, jumpa lagi nanti...



Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Thabbit Qalbi Ya Rabb

Posted on February 5, 2010 at 2:38 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam ukhwah...

 

Moga kita semua dirahmati Allah, dan segala amalan kita Allah terima dan mudah-mudahan kita dapat masuk syurga Allah dengan rahmatNya.

 

Hari ni rasa kosong sangat-sangat. Masa buat persediaan untuk khutbah pun, dada berdebar-debar. Bagi khutbah pun tak khusyuk sangat. Mujur hari ni Jab. Agama Islam Sarawak bagi teks khas untuk dibaca. Lepas solat pun masih berdebar-debar lagi. Balik rumah, main ngan anak-anak. Pastu gi pejabat untuk selesaikan urusan pagi tadi. Ni pun, masa menaip posting ni pun, masih tak tenang hati. Selalunya kalau macam ni, ada benda nak jadi. Apa benda? Wallahu a'lam.

 

Cuma, mungkin rentetan daripada kejadian masa pagi Khamis semalam kut yang membuatkan aku rasa tak tenang. Lebih kurang jam 11 pagi, kami digemparkan dengan 3 kes histeria @ rasukan. 2 student Muslim dan sorang non-Muslim. Agak terkejut juga sebab lama dah benda macam ni tak jadi.

 

Seingat aku, dah 2 minggu aku ingatkan pelatih IKBN berkaitan kebersihan, khususnya pelatih perempuan. Pampers tu jangan dibuang merata-rata. Pastikan di buang dengan tertib. Namun, masuk telinga kanan, kelaur telinga kiri. OK, takpa...orang pesan, hangpa bolayan...

 

Aku masa awal semester lagi dah rasa akan berlakunya gangguan macam ni. Cuma tak berani nak confirm. Bukan ahlinya. Cuma aku dapat kesan melalui beberapa tanda.

 

Tapi benda tak nampak macam tu, aku pun tak tau nak buat apa. Mujur ada sorang dua sahabat yang boleh menangani masalah sebegini.

 

Balik kepada persoalan hati tadi, rasanya mungkin kena ber 'uzlah sekejap ni. Kena koreksi diri balik. Rasanya, mungkin ada terpeleot dimana-mana sepanjang minggu ni. Harap-harap Allah ampunkan segala kesilapan aku. Mungkin solat sunat yang kerap ditinggalkan, Quran pun lama tak jumpa. Disibukkan dengan urusan dunia saja nampaknya.

 

Masa naik motor tadi, duk terfikir, kalau la tak kerana solat dan doa, rasanya dah lama sewel ni. 2 minggu lepas, pergi periksa tekanan darah di farmasi. Border dia kata. Kena banyak rehat. Ini kes lepas balik dari program di Niah, makan durian. Terus pening. 2 hari juga la baru hilang pening tu.

 

Rasanya semua ni berpunca dari tekanan di pejabat. Kekadang rasa nak minta tukar, tapi sayang pada Miri dan IKBN ni. Tapi, bila duduk sini, orang pijak kepala kita. Nak buat lebih-lebih, bukan tempat kita. Nak buat kurang-kurang (lawan lebih-lebih tadi), kesian pada budak-budak yang nak buat perubahan pada diri mereka. Mudah-mudahan, Allah bagi hati ku ni tenang.

 

Ya Muqallibal Qulub, Thabbit Qalbi 'ala Dinika wa 'ala Toátika.

 

Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Alhamdulillahi Rabbil 'Alamien

Posted on January 26, 2010 at 12:46 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...


Lama tak menaip. Tergerak hati untuk saya memberi pendapat peribadi dalam isu penggunaan kalimah Allah. Secara peribadi saya menyokong kalimah Allah digunapakai oleh semua agama. Dalam mencari alasan @ hujah atas pegangan dan pandangan ini, saya berpegang kepada hujah Ust. Ahmad Awang, mantan @ bekas YDP Persatuan Ulama' Malaysia. Hujah beliau boleh tuan puan ikuti di sini. Dan ada juga bacaan lain yang agak menarik boleh di dapati di sini dan sini.


Memang ramai yang beremosi apabila isu ini ditimbulkan atau tercetus. Namun, sebagaimana yang saya selalu kata dan kongsi dengan kengkawan ialah, apabila datang sesuatu perkara, kita kena risik dan kenalpasti samada ianya berita yang benar dan betul ataupun tidak. Takut-takut kita terjerumus dalam menyebarluaskan fitnah dikalangang masyarakat.


Ini perlu diambil perhatian, terutamanya bagi mereka yang ada sedikit pengaruh di dalam masyarakat sekeliling. Bukan apa, kerana kira yang akan mencorakkan keadaan sekeliling kita.


Kemudian, sekiranya bertembung kepentingan peribadi @ politik @ apa-apa sahaja dengan al-Quran dan as-Sunnah (Islam), maka dahulukan kepentingan agama melebihi kepentingan-kepentingan yang lain. Insya Allah, tuan puan akan dapat merasai nikmatnya.


Mudah-mudahan kita tidak perlu melatah sebagaimana mereka yang tidak mahu menggunakan akal fikiran yang telah diberi oleh Allah. Mudah-mudahan dengan tindakan yang bijaksana, bukan bijaksini, akan dapat mempamerkan lagi keindahan  Islam yang sama-sama kita anuti.


Waallahu a'lam bissowab.



Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Cuti Rehat

Posted on December 19, 2009 at 1:00 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...


Alhamdulillah dan syukur, sampai jugak kami ke Bintulu untuk bercuti. Itu pun kena lone ranger je. Keta sigik lagi terpaksa patah balik dan tukar kereta sebab masalah enjin. Setakat sekarang, masih belum sampai lagi. Harap-harap diaorang selamat...


Kami sekeluarga akan berada di Parkcity Everly Hotel, Bintulu sampai Isnin 21 Disember ni. Ini kali pertama keluar bercuti ngan family. Bukan apa, dah tak boleh nak balik kampung. Tiket pun baru je sampai peruntukan, jadi open je la tiket tu. Buat habuan balik tahun depan...


OK. Nak rehat-rehatkan badan jap. Letih memandu tadi. Sarapan pulak makan nasi lemak. Memang kena sungguh la. Ngantuk yeop...


So, maas salamah...



Abu Ajwad

Bintulu, Sarawak

Rehlah Dakwah

Posted on December 4, 2009 at 7:16 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...


Pada 29 November yang lepas, saya berkesempatan untuk mengikuti satu program dakwah anjuran Yayasan Amal Malaysia Sarawak. Misinya ialah menghantar lembu korban ke Kg. Mohd Taha, Bakong. Sori, agak lewat buat catatan. Apa pun, maklumat lanjut boleh klik di sini.


Apa pun, syukur pada Allah, kerana memberikan saya dan beberapa sahabat dari IKBN kelapangan dan kemudahan untuk bersama memeriahkan program tersebut.


Memang pengalaman yang payah untuk dilupakan. Untuk masuk ke kampung tersebut sahaja sudah mencabar fizikal. Nasib baik ada pakcik Tuqayyudin pinjamkan Harrier dia. Kalau BLM, conpom kena buat allignment bila keluar.


Bila berada di sana dan semasa sesi taaruf, saya cukup tersentuh dengan keazaman penduduk kampung tersebut untuk terus kekal dengan Islam. Pakcik Abu, seorang pengawal keselamatan yang juga baru masuk Islam, menyuarakan hasrat untuk pihak YAM membantunya membina rumah baru. Hasratnya supaya rumah tersebut dapat digunakan sebagai tempat untuk mengajar Islam kepada kaum Iban yang ingin mengenali Islam.


Saya juga terharu atas usaha 2 orang sahabat dan saudara dari Indonesia, yang sanggup untuk mengajar dan mendidik Islam kepada masyarakat setempat. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa mereka.


Cuma, amat diharapkan kepada pihak berwajib agar dibuat usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghantar para pendakwah, khususnya ke kampung-kampung yang sudah ramai penduduknya memeluk Islam, supaya mereka akan terus di dalam Islam.


Teringat sewaktu bertugas di Pej. Agama Daerah Gerik dulu. Ada 5 - 6 orang Muballigh Islam yang akan masuk ke kampung-kampung orang asli untuk mengajar dan berdakwah di sana. Mereka ini berstatus kontrak. Saya juga ada mendengar di Kelantan, elaun untuk Muballigh Islam di sana dikatakan agak lumayan, termasuk elaun khas jika berkahwin dengan orang asli. Semuanya ini bertujuan untuk dakwah. Kan bagus kalau pihak berwajib di Sarawak, khususnya Jab. Agama Sarawak dan Baitulmal, memberi peruntukan bulanan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berdakwah di Bumi Kenyalang ini. Paling kurang, tidak terbeban sangat dengan tugas yang sedia ada.


Ok lah, takat ni dulu. Kat bawah ni, ada sedikit rakaman sewaktu pulang dari Bakong.



Abu Ajwad

Miri, Sarawak



You need Adobe Flash Player to view this content.

Menulis @ Menaip

Posted on December 2, 2009 at 10:06 PM Comments comments (1)

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...


Ada kawan tegur, naper lama tak update blog? Maka jawapan skemanya ialah line tak brape clear la. Malas sebenarnya.


Bukan semua orang yang dapat anugerah, jari-jari dia boleh bercakap bagi pihak otak dia. Ini pun tengah buat latihan supaya rajin update blog.


Insya Allah la, saya akan cuba buat sehabis baik lepas ni. Banyak benda nak kongsi ngan kengkawan semua. Apa dia benda tu??? Tungguuuu......:tongue:



Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Lama tak jumpa...

Posted on November 24, 2009 at 10:50 AM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...


Lama dah tak menulis di sini. Last posting pun pd bulan Ogos yang lepas. Ada juga draft beberapa posting, namun hanya terpendam begitu sahaja. Bukan apa, masuk sahaja Ramadhan tahun ni, saya ditimpa dengan jadual tugas rasmi dan tidak rasmi yang cukup padat. Mula dengan sambutan Ihya' Ramadhan, berbagai aktiviti dijalankan untuk memeriahkan sambutan Ramadhan di Surau al-Jawahir, IKBN Miri. Mula dengan beli barang mentah untuk masakan bagi berbuka puasa, tarawih dan tadarus.


Selain itu, kena juga memenuhi beberapa jemputan untuk kuliah Zohor dan imam Tarawih di luar IKBN. Memang agak sibuk juga la, sebab terpaksa bahagi masa untuk tugas rasmi dan tidak. Buka apa, semuanya kena buat sorang diri. Harap-harap semua amalan tadi boleh di ambil kira untuk dimasukkan dalam buku rekod perkhidmatan sebagai hamba Allah.


Kemudian, masa raya kena atur program sambutan Idilfitri.


Ooopppsss... kena berenti dulu. Lagi 5 minit kelas agama. Nanti sambung balik. Ini pun amik masa free, rehat jap dari buat kerja.


Jumpa nanti.


Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Iktibar Buat Semua

Posted on August 20, 2009 at 5:43 AM Comments comments (2)

Niat mahu disebat depan khalayak tak kesampaian


SUNGAI SIPUT: "Saya memang berharap hukuman sebat ke atas kesalahan yang saya lakukan dapat dilaksanakan di khalayak, tetapi nampaknya hajat saya itu tidak kesampaian," kata Kartika Seri Dewi Shukarno, 32,yang akan dikenakan enam sebatan, minggu depan.


 

Kartika yang ditemui di kediaman ibu bapanya di sini, berkata walaupun hukuman sebatan itu akan dilakukan secara tertutup di Penjara Wanita Kajang, beliau akan memohon supaya media dibenarkan menyaksikan hukuman ke atasnya.


 

"Saya buat semua ini (membenarkan media membuat liputan) bukan untuk mengaibkan diri saya ataupun ahli keluarga, tetapi saya ikhlas mahu menyedarkan seluruh umat Islam di negara ini supaya menjauhi arak," katanya.


Ketika ditanya sama ada beliau sudah bersedia menerima hukuman itu, Kartika berkata beliau sudah bersedia dari segi mental dan fizikal malah berasa lega selepas Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menetapkan hukuman itu.


 

Beliau akan ditahan selama seminggu di Penjara Wanita Kajang mulai Isnin ini dan hukuman akan dijalankan dalam tempoh itu.


 

Kartika ditahan pada 11 Julai 2008 di sebuah hotel di Cherating, Pahang kerana meminum arak dan pada 1 Disember dia dihadapkan ke mahkamah. Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.


Katanya, selepas menjalani hukuman itu kelak, beliau mahu memulakan kehidupan baru bersama keluarganya.


 

"Saya reda dengan ketentuan Tuhan, malah berasa bersyukur kerana sempat kembali ke pangkal jalan atas sokongan ahli keluarga.


 

"Kesakitan hukuman sebat yang akan saya rasa kelak masih tidak setimpal dengan dosa yang saya lakukan kerana mencalitkan arang di muka ibu dan bapa saya. Saya berharap orang ramai mengambil iktibar atas perbuatan keji saya (meminum arak)," katanya.


 

Ketika ditemui semalam, Kartika turut ditemani suami dan kedua-dua anaknya, Muhammad Azfar Muhammad Afandi, 7 dan Wann Kaitlynn Sari Dewi Muhammad Afandi, 5.


Suami Kartika, Muhammad Afandi Amir, 38, berkata walaupun pada awalnya beliau keberatan menerima keputusan isterinya menjalani hukuman sebat, tetapi terpaksa akur melihat kesungguhan Kartika.


 

"Saya mencadangkan Kartika membuat rayuan kepada Mahkamah Syariah supaya hukuman sebatan tidak dikenakan. Bagaimanapun, Kartika berkeras mahu meneruskan hukuman ini yang disifatkannya sebagai menebus kesilapan," katanya.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20090819235248/Article/index_html

 

_______________


1. Tahniah kepada empunya diri kerana sanggup menerima hukuman yang telah dijatuhkan.


2. Tahniah kepada pihak mahkamah, walaupun masih jauh dari apa yang ditetapkan Islam, namun langkah awal amat dialu-alukan.


3. Tahniah kepada ibu dan ayah Kartika kerana mempunyai anak yang sudah insaf. Mungkin doa anda selama ini telah Allah perkenankan, walaupun terpaksa dibayar dengan sedikit hukuman di dunia.


4. Tahniah kepada suami Kartika, kerana (bakal) mempunyai seorang isteri yang solehah (?). Kami sama-sama doakan.


5. Tahniah kepada anak-anak Kartika, moga segala apa yang telah dilalui oleh ibu akan menjadikan kamu berdua hamba Allah yang soleh dan solehah.


Namun...


Kenapa dihalang pelaksanaannya di khalayak ramai? Adakah takut orang ramai 'ngeri' dengan apa yang bakal dihidangkan? Atau takut dan bimbang orang ramai melihat 'keindahan' pelaksanaan hukuman dalam Islam? Sama-sama kita fikirkan.



Abu Ajwad

Miri, Sarawak



10 Marketing Concepts

Posted on August 19, 2009 at 11:51 PM Comments comments (0)

1. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and say, "I am very rich. Marry me!"


That's DIRECT MARKETING.


2. You are at a party with a bunch of friends and see a gorgeous girl. One of your friends goes up to her and pointing at you says,"He's very rich. Marry him!"


That's ADVERTISING.


 

3. You see a gorgeous girl at a party. You go up to her and get her telephone number. The next day, you call her and say, "Hi, I am very rich. Marryme!"


That's TELEMARKETING.


 

4. You see a gorgeous girl at a party. You get up and straighten your tie. You walk up to her and pour her a drink. You open the door for her. You pick up her bag after she drops it. You offer her a ride and you say, "By the way, Iam very rich. Will you marry me?"


That's PUBLIC RELATIONS.


 

5. You see a gorgeous girl at a party. She walks up to you and says, "You are very rich. Can you marry me?"


That's BRAND RECOGNITION.


 

6. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and say, "I am very rich. Marry me!" She gives you a nice hard slap on your face.


That's CUSTOMER FEEDBACK.

 


7. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and say, I am very rich. Marry me!" And she introduces you to her husband.


That's DEMAND AND SUPPLY GAP.

 


8. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and before you can say anything, another person comes along and tells her, "I am very rich. Marry me!"


That's MARKET COMPETITION.

 


9. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and before you can say anything, another person comes along and tells her, "I am very rich. Marry me! And she follows him.


That's LOSING MARKET SHARE.

 


10. You see a gorgeous girl at a party. You walk up to her and before you can say, "I am very rich. Marry me!"  YOUR WIFE TURNS UP!


That's BARRIER TO NEW MARKET ENTRY


http://today-joke.blogspot.com/2009/08/10-marketing-concepts.html

 


Munsyi Abdullah beri nasihat...

Posted on August 19, 2009 at 3:20 PM Comments comments (0)

NASIHAT : Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihatkan dan memikirkan hal orang Melayu ini, belum sedarkan akan dirinya, ia tinggal dalam bodohnya itu, oleh sebab ia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tidak mahu menaruh tempat belajar bahasanya itu.


Maka mustahil pada akal : Adakah orang tiada belajar itu boleh menjadi pandai sendirinya?


Bukankah segala bangsa-bangsa yang lain dalam dunia ini masing-masing ada belajar bahasanya, melainkan orang Melayu?


Dan lagi pula, katanya, "Apakah gunanya dipelajari kerana ia itu bahasa kita? Lagipun dalam dunia sahaja berguna, terlebih baik bahasa Arab, berguna dunia akhirat."


Itu pun benar juga, tetapi hairan aku bagaimana boleh diketahui bahasa orang lain, jikalau sebelum mengetahui bahasa kita sendiri dahulu?


Akan tetapi ia berkata-kata itu dengan bahasa Melayu; ia berjual beli dan berkirim surat dan membalas surat dengan bahasa Melayu juga.


Maka belum pernah aku melihat, baik orang Melayu, baik peranakan, atau barang bangsa yang lain-lain menggunakan bahasa Arab dalam pekerjaannya, baik darihal berniaga atau menulis kira-kiranya atau berkirim surat atau membalas surat, melainkan sekalian mereka itu menggunakan bahasa masing-masing, melainkan dalam sembahyang atau berdoa itulah sahaja.


* Petikan Hikayat Abdullah (1849), karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi @ Munsyi Abdullah.


_______________


Teringat saya pada kata-kata guru saya, Ust. Muhammad Mustofa, bahawa yang menjaga ilmu adalah bahasa. 



Abu Ajwad

Miri, Sarawak

Usrah itu Wajib @ Tak ???

Posted on August 18, 2009 at 9:29 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan salam perpaduan.


Kali ni saya nak kongsi satu artikel dari www.tranungkite.net, laman yang cukup banyak artikel-artikel menarik dalam pelbagai tajuk dan topik. Artikel ni saya copy n paste dalam word untuk menjadi simpanan saya. Kini, boleh kita kongsi sama-sama.

_______________

 

Oleh muhakim


" Abang Hakim, usrah tu wajib ke ? ", satu soalan keluar dari peserta muslimat Simposium Nuqaba' anjuran Rakan Masjid. Kelihatan muka peserta yang lain menanti dengan penuh tandatanya.


" Usrah itu wajib dan tak wajib ", jawab ana dengan tenang dan yakin. " Aik, macam mana pula tu?". Soal pula peserta muslimat yang lain. Ana sudah duga persoalan itu akan keluar. Mulut mengukir senyum. Bagus, strategi untuk memancing minat mereka bertanya dah mengena.


"Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da'wah dan tidak wajib kepada yang bukan ahli da'wah." Permulaan jawapan yang sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpan mengena lagi, kali ini dari adik muslimin. "Erm.. macam mana tu abang Hakim, bukan ke setiap orang yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie? ". Jelas kelihatan dan keserabutan di muka setiap peserta.


Slot tengahari memang sukar untuk dipenuhi. Mata mudah mengantuk. Badan cepat letih. Sebab itu ana mengambil pendekatan provokasi dalam menyempurnakan slot "Ketika Cinta Bertasbih" tengahari ini.


Slot yang menjemput naqib yang pernah mengendalikan Smart Group dengan jayanya satu ketika dahulu. Entah kenapa, komiti gatal menjemput ana dan ana pula terlepas cakap memberi persetujuan. Sedangkan, ana bukanlah yang terbaik. Namun, kerana Allah demi Islam, ana galas juga amanah ini.


Ana menjawab, "Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da'wah iaitu orang yang telah berintima' @ menyertai jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang mendaftar di universiti sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture walaupun umur mereka sebaya."


" Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jemaah. Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah ialah usrah.


Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. "Abang Hakim, maknanya usrah tu tempat kita menuntut ilmu ye?", seorang peserta mengajukan soalan.


Ana tersenyum. Bagus,mereka semua bersemangat dan tidak tidur.


" Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu ! ".


Beberapa orang peserta kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi,"Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah" Kelihatan kerut di beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.


"Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah.


Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses 'tarbiyah' itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai?. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.


Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah di popularkan satu istilah, "Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al-fatihah."


Muka peserta sudah mula cerah. Awan redup keliru mula berarak pergi. Kini perlu menghuraikan jawapan tidak wajib usrah pula. Peserta semakin tekun dan fokus. Perasaan ingin tahu mereka dicabar. Bagaimana satu soalan boleh ada dua jawapan yang bertentangan?


" Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da'wah. Menurut al-Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad'u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.


Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da'wah.


Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik Smart Group. Mereka belum lagi menjadi ahli da'wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat."


Rumusan sudah dibuat. Peserta mengangguk-angguk tanda faham. Selepas habis slot tengahari itu, ana pasang satu video klip gambar usrah yang ana kendalikan. Ada yang kehairanan. Tiada pun 'sut usrah' yang kami pakai ketika usrah?


Ya, memang tiada set jubah dan serban dalam usrah kami. Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata bukan? Ingatlah, usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku. (^^)/?



_______________


* Diharap sedikit perkongsian ini dapat mencambahkan lagi koleksi maklumat dan ilmu dalam diri kita. Ingat,usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al-fatihah !!!

 


Aku Tidak Pernah Membenci HambaNya

Posted on August 10, 2009 at 7:30 AM Comments comments (0)

Pada suatu hari, ketika sedang duduk bersama para sahabat, Rasulullah SAW tiba-tiba berkata,"Sebentar lagi akan lalu dihadapan kalian seorang lelaki ahli syurga." 


Sejurus berkata demikian, muncullah seorang lelaki dari golongan Ansar yang baru selesai mengambil wudhu'. Dengan janggut yang kusut dan menjinjing kedua-dua kasutnya, lelaki itu berjalan melintasi Rasulullah SAW dan para sahabat.


Pada keesokannya, Rasulullah SAW telah mengatakan perkara yang sama dan aneh, lelaki tersebut muncul kembali. Begitulah yang terjadi pada hari ketiga. Sejurus selepas Rasulullah SAW memberitahu para sahabat tentang perkara yang sama, lelaki yang sama muncul lagi seperti pertama kalinya dan melintas dihadapan mereka.


Apabila Rasulullah SAW dari tempat duduknya, Abdullah bin Umar ra segera mengikut lelaki tersebut. Abdullah mengejar lelaki itu dan apabila sudah hampir, dia menegurnya.


Kata Abdullah kepada lelaki tersebut,"Aku telah membuat ayahku marah, jadi akibatnya, aku telah bersumpah untuk tidak menemuinya selama tiga hari. Jika engkau tidak keberatan, aku ingin meminta perlindungan darimu. Bolehkah aku berlindung dirumahmu?".


"Boleh", jawab lelaki itu dengan senang hati dan tanpa sebarang perasaan curiga atau prasangka.


Abdullah pun mengikut lelaki itu untuk bermalam dirumahnya selama tiga hari. Sepanjang berada di sana, Abdullah perhatikan lelaki tersebut tidak melakukan solat dirumah, sebaliknya berjemaah di masjid. Seperkara lagi, jika lelaki itu pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain atau bangun dari tidur, dia akan sentiasa menyebut nama Allah. Begitulah yang dilakukannya sehingga terjaga daripada tidur dan bangun untuk mengerjakan solat Subuh.


Abdullah juga perhatikan, tidak pernah sekalipun lelaki itu menyebut perkataan-perkataan yang tidak baik. Yang keluar dari mulutnya hanyalah kata-kata yang manis dan memuji kebesaran Allah.


Menjelang hari ketiga bermalam di rumah itu, Abdullah pun menceritakan perkara sebenar. Abdullah mengaku bahawa sebenarnya dia tidak berbalah dengan ayahnya, dan juga tidak dihalau. Semua itu adalah muslihatnya sahaja.


"Sebaliknya aku mengikut engkau pulang selepas aku mendengar Rasulullah berkata bahawa engkau adalah ahli syurga. Aku tertanya-tanya, mengapa Rasulullah berkata begitu, dan mengapa pula engkau ini adalah ahli syurga."


"Lalu aku meminta izin untuk bermalam dirumahmu untuk melihat sendiri apa yang engkau lakukan dan untuk aku mencontohimu. Saudara, apa sebenarnya yang membuatkan engkau mencapai darjat sebagaimana yang Rasulullah SAW katakan?", tanya Abdullah.


Lalu lelaki dari Ansar itu merendah diri dengan berkata, tidak ada apa yang istimewa dengan dirinya. "Cuma mungkin kerana aku tidak pernah memendam perasaan yang tidak baik terhadap kaum muslimin. Aku juga tidak mempunyai secebis pun perasaan benci di atas anugerah yang Allah berikan kepada sesiapa juga dikalangan hamba-hambaNya", terang lelaki itu.


Apa yang berlaku itu kemudian Abdullah ceritakan kepada Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya yang lain.




Rss_feed